Kisah Menakjubkan Bagaimana Si Kakak Menenangkan Adik Bertarung Dengan Knser, Sehingga Kini Si Adik Makin Sihat

Tahun lalu, pernah tular sekeping gambar meruntun jiwa memaparkan seorang kakak cuba menenangkan adik lelakinya yang sedang bertarung dengan penyakit knser.

Kedua-dua mereka masih lagi kecil, tapi dapat dilihat sikap penyayang seorang kakak menggosok belakang adiknya, yang ketika itu kelihatan lemah di dalam tandas selepas selesai menjalani sesi kemoterapi.

Gambar itu dirakam oleh ibu mereka, Kaitlin Burge, pada bulan Januari menunjukkan anaknya Beckett Burge yang didiagnosis dengan leukemia limfoblastik akut pada usia dua tahun pada April 2018 bersama kakaknya yang berusia 5 tahun Aubrey.

Dalam perkembangan terbaru, Beckett masih lagi bertarung melawan knsernya, dalam perkongsian di Facebook, kanak-kanak berusia 3 tahun itu kini gigih menjalani kemoterapi dan suntikan steroids.




Kakak sentiasa bersama adik
Sehingga kini, kakaknya Aubrey sentiasa berada di samping adiknya, tidak putus-putus memberi semangat. Malah, keadaan kesihatan Beckett kini bertambah baik daripada sebelumnya.



.

.

.



.

Si kecil kuat semangat…
Sokongan keluarga sangat penting, meskipun baru berusia 3 tahun, tubuh kecil ini masih mampu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak bermain dan berlari.



.

.

.

Semangat hidup seperti inilah patut dijadikan sumber inspirasi, dengan adanya keluarga yang penyayang dan tidak pernah berputus asa, moga menjadi asbab untuk anak kecil ini kembali sihat.