Niat Untuk Beri Semangat kepada Isteri Ketika Melahirkan Anak, Tapi

Dari kecil kita telah diajarkan bahawa kaum lelaki lebih berani dan kuat dari kaum perempuan. Perkara ini mungkin benar dalam beberapa situasi tertentu seperti ketika berdepan dengan hantu atau pembunuh bersiri.

Secara realitinya lelaki hanya dapat menunjukkan keberanian dan kekuatan mereka kepada kaum wanita dalam filem dan drama.

Dalam dunia sebenar, kemampuan wanita sama sahaja hebatnya dengan kaum lelaki walaupun dalam aspek berbeza. Malah wanita mungkin lebih hebat sedikit dari lelaki.

Salah satu buktinya adalah kekuatan dan keberanian wanita ketika melahirkan anak. Satu perkongsian di Instagram telah mencuri perhatian netizen apabila seorang ibu berkongsikan gambarnya di hospital.

Wanita tersebut dipercayai baru merasakan pengalaman melahirkan anak pertamanya, namun itu bukanlah satu-satunya perkara yang bermakna baginya pada hari itu.

Walaupun dia yang merasai kesakitan melahirkan anak, suaminya yang dilihat sedang dikerumuni staf medikal dalam gambar tersebut.

Memakai pakaian keselamatan untuk bersedia memberi semangat kepada isterinya, suami wanita itu yang akhirnya hilang semangat dan pengsan dalam bilik bersalin sebelum diperiksa oleh 3 orang doktor.

Wanita yang baru menjalani pembedahan C-section itu hanya mampu ketawa geli hati melihat apa yang terjadi kepada suaminya.

Menurut pakar, 5% suami pengsan di dalam bilik bersalin ketika menemani isteri melahirkan anak. Chef selebriti terkenal, Gordon Ramsay juga dilaporkan pengsan di kelahiran anaknya yang kelima Oktober tahun lepas.