Sejak lahir tak pernah tatap wajah ayah, akhirnya 'jejak kasih' lepas 40 tahun


Semua insan di atas muka bumi ini inginkan sebuah keluarga yang lengkap dan bahagia, namun, ada yang terpaksa akur hidup tanpa kasih sayang sempurna apabila ibu dan ayah memilih jalan berpisah selepas rumahtangga gagal di selamatkan. kedukaan itu turut dirasakan oleh seorang lelaki ini dan kisahnya sudah tular di facebook sajak beberapa hari lalu.


Tak pernah jumpa ayah sejak lahir, kedua ibu bapa sudah berpisah waktu itu.

menerusi beberapa perkongsian oleh wan powerarm,dirinya sempat merekam saat-saat bertemu individu yang dinantikan selama ini yaitu ayah kandungnya. jelasnya, sejak lahir dia tidak pernah bertemu mata dengan lelaki tersebut lantaran kedua-dua orang tuanya telah berpisah waktu itu. jejaka tersebut pula telah diserahkan kepada nenek dan juga emak saudaranya.



Muat naik foto ayah untuk cari maklumat sebelum aturkan pertemuan
dek karna kerinduan yang teramat sangat, lelaki berkenaan telah memuat naik foto ayah kandungnya di laman facebook untuk sekedar mencuba nasib untuk mencarinya walaupun 40 tahun berlalu. setelah mendapat beberapa maklumat mengenaikeberadaanya wan telahmengaturkan satu pertemuan bertempat di pulau pinang.