Titisan Berharga, Ramai Mengerti Kenapa Ibu Ini Nangis Bila Susu Badan Tumpah


 Cabaran breastfeeding semestinya dirasai oleh kebanyakan ibu. Ada yang mampu mengeluarkan banyak susu sehingga berbotol-botol, tetapi ada juga mengalami situasi sebaliknya. Tidak kira apa jua halangan, golongan ibu ini akan berikan yang terbaik meskipun terpaksa mengepam lebih untuk simpanan beberapa jam akan datang. Namun bayangkan jika segala usaha itu hilang dalam sekelip mata, bagaimana agaknya perasaan itu?


Pelik tengok isteri menangis depan pintu, rupanya sedih susu badan habis tertumpah dalam beg 

Menerusi Facebook, Syukri Shahdan berkongsi beberapa foto menunjukkan isterinya sedang menangis di tepi pintu. Rupa-rupanya, Fadia Hani berasa sedih kerana susu badan yang dipam telah habis tertumpah di dalam bag. Wanita berkenaan dilihat mengesat air matanya penuh pilu sehingga membuatkan si suami sedikit hairan melihat situasi terbabit. Malah, dia turut berseloroh mengharapkan anak kecil mereka tidak mengikuti perangai ‘cengeng’ ibu tersebut. 





Faham sangat perasaan tu, lagi-lagi kalau susah nak keluarkan… Mahaltau benda ni 

Mungkin ada yang berasa kurang senang dengan posting berkenaan, Syukri turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf serta mengakui sering bergurau dengan isteri kesayangannya itu. Selain meluahkan rasa simpati dan memahami perasaan yang dirasakan oleh Fadia Hani, ramai juga netizen berkongsi kisah breastfeeding masing-masing. Setakat ini, entri itu telah meraih 1000 perkongsian di Facebook.