Rayu Derma Kononnya Hidap Kanser, Wanita Kantoi Beli 4 Aircond & Kereta Baru


 Sukar dinafikan rakyat Malaysia sangat terkenal dengan sikap pemurah dan gemar membantu insan-insan yang kurang bernasib baik. Namun ada yang ‘menangguk di air keruh’, mengambil kesempatan sesuka hati meminta sedekah dan juga sumbangan dengan cara menipu. Walaupun tindakan terbabit boleh dikatakan kurang bertanggungjawab, wanita ini melakukan taktik sama sebelum kebenaran akhirnya didedahkan.

Rancak minta sumbangan guna alasan tak mampu ubati masalah kanser 

Menerusi satu posting yang telah dimuat naik di Facebook Kai Auburn, wanita itu rancak meminta sumbangan daripada pelbagai pihak kononnya untuk membiayai masalah kesihatan yang dialami. Perempuan tersebut disahkan sememangnya menghidap kanser namun rawatan-rawatan yang sepatutnya diambil sebenarnya mempunyai subsidi dan tanggungan dari pusat perubatan berkaitan.




Dah ditegur pihak berwajib tapi masih lagi buat benda sama 

Walaupun sudah berkali-kali ditegur pihak perubatan, namun wanita itu masih ligat melakukan kegiatan tersebut. Rupa-rupanya hasil sumbangan yang diterima selama ini telah digunakan untuk kegunaan peribadi.







Salah guna wang sumbangan beli kereta, belanja kahwin anak

Wanita itu dikatakan telah membelanjakan wang tersebut untuk membeli 4 buah aircond, sebuah kereta baru dan turut hampir berhabis bagi majlis perkahwinan anak perempuannya. Kini, satu laporan polis telah dibuat ke atas wanita berkenaan atas penyalahgunaan tersebut.

 






Berhati-hati Ketika Memberi Aku kalau bab sumbangan ni, aku cukup2 takmau kalau sumbangan aku pi pada orang yang salah....

Geplaatst door Kai Auburn op Zondag 18 oktober 2020

Baca Juga : Kisah Nabi Muhammad SAW dari Lahir sampai Wafat