Covid-19: Zon hijau bertambah kepada 88 daerah

Covid-19: Zon hijau bertambah kepada 88 daerah
By Wartawan MalaysiaGazette - 30 April 2020
KUALA LUMPUR – Sebanyak 88 daerah di seluruh negara kini diisytihar zon hijau iaitu sifar kes pandemik Covid-19 manakala 12 daerah kekal zon merah.

Maklumat terkini Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan menunjukkan tiga negeri iaitu Perlis, Kedah dan Kelantan kekal dalam zon hijau.