Cuba Ambil Hati Tapi Gagal, Isteri ‘Mandi Air Mata’ Sebumbung Dengan Mak Mentua

 


Memang benar kata orang, tinggal sebumbung dengan ibu mentua bukanlah satu pilihan kehidupan yang dimahukan oleh seorang isteri. Namun atas dasar hormat kepada suami, kebanyakan isteri sanggup menurut sahaja permintaan tersebut. Siapa sangka dilema sama turut dialami oleh seorang wanita dari Indonesia ini.



Mungkin ini tempat ternyaman bagi suamiku, tetapi tidak untuk aku.. 

Melalui TikTok milik wanita bernama Diena, dia berkongsi beberapa episod duka apabila terpaksa tinggal sebumbung bersama ibu mentuanya. Bukan sahaja menguji kesabarannya, malahan dia juga sering bermandi air mata dek kerana rasa ‘makan hati’ yang mendalam. 

@dienazio

1 rumah dengan mertua 🥺.. sangat tidak nyaman buat aku ##fypシ ##PejuangLokal ##tiktok

♬ Surrender - Natalie Taylor


Buat baik macam mana pun tak guna. Pasti ada saja yang tak kena di matanya.. 

Mengimbas semula kisah lalu, Diena mengakui sudah berbagai cara telah dilakukannya dalam menambat hati wanita berkenaan namun tidak berjaya. Bukan sahaja merasa segala benda tidak kena, malahan mentuanya sering mengungkit tentang kekurangannya.

@dienazio

Berbuat baik aja salah, gimana berbuat buruk 🥺..! ##tiktok ##lelah ##kangen ##jakarta

♬ Jony_Lali - Cha Gezag


Sabar lah, kita tak boleh paksa orang terima kita & belajar untuk ambil hati mentua.. 

Sejak dimuat naik pada pertengahan bulan Ogos lalu, rakaman berdurasi kurang daripada seminit ini sudah pun ditonton lebih 50 ribu kali oleh netizen. Bukan sahaja meluahkan rasa simpati atas layanan diterimanya, rata-rata mereka turut berkongsi pengalaman sama. 





Baca : 350-kosakata-bahasa-arab-sehari-hari