[VIDEO]Model Baju Pengantin Melatah Tak Ingat Dunia, Selamba Guling Atas Padang

 


Meskipun reaksinya kelihatan seperti dibuat-dibuat apabila terkejut dengan sesuatu, namun itulah refleks semula jadi bagi orang yang kuat melatah. Pantang sahaja terkejut dek usikan orang, pasti mereka akan melakukan sesuatu di luar jangkaan. Lucu tapi benar, itulah yang terjadi kepada seorang model busana pengantin dari Indonesia ini.

Melatah tak ingat dunia, model baju pengantin siap berguling & bersilat atas padang 

Menerusi sebuah video Tiktok yang dikongsikan oleh Diyah Rias, seorang wanita kelihatan begitu anggun mengenakan dress berwarna merah jambu. Akan tetapi, dia kelihatan tidak tentu arah secara tiba-tiba ketika gambarnya sedang ditangkap oleh 3 jurufoto lelaki. Dalam masa sama, wanita cantik itu sedang melatah teruk sehingga berguling-guling di atas padang. Malahan, hujung dress yang dipakai olehnya juga beberapa kali diangkat sebelum membuat aksi seakan-akan sedang bersilat.

@diyah.rias

Di balik layar๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…Model yg bener bener gokil๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

♬ original sound - Diyah Rias


Excited pulak nak tengok hasil shooting tu… inilah akibatnya kalau member jadi photographer wedding 

Video berdurasi 18 saat tersebut meraih hampir 500 ribu tontonan setakat ini di aplikasi TikTok. Selain terhibur melihat reaksi melatah wanita terbabit, ramai netizen turut akui tidak sabar untuk melihat hasil penggambaran tersebut. Tidak cukup dengan itu, mereka juga berseloroh konon inilah akibatnya jika mengupah rakan sendiri menjadi jurufoto perkahwinan.





Baca : 350-kosakata-bahasa-arab-sehari-hari.