“Doa Ibu Tiada Hijab”-Jasmin Hamid Harap Anak Jaga Amanah Sebagai Suami Orang
Pada 10 Oktober 2020 lalu, anak lelaki kepada pelakon Jasmin Hamid telah selamat diijab kabulkan bersama wanita pilihan hatinya. Majlis pernikahan serba sederhana Lukman Hakim Azmi dan Nor Faezah Abdullah diadakan di Kuala Krai, Kelantan. Setelah beberapa hari bergelar suami orang, Jasmin menitipkan pesanan istimewa buat anak yang dijaga olehnya sejak usia 2 bulan itu.
Doa seorang ibu tiada hijab.. Jadilah Khalifah yang terbaik untuk bidadarimu…
Menerusi Instagram, pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’ ini berkongsi 2 keping gambar syahdu ketika hari pernikahan Lukman. Dalam kapsyen, selebriti berkenaan akan sentiasa mendoakan kebahagian dan kebaikan buat kesemua anaknya. Dia juga berpesan kepada Lukman supaya menjadi pembimbing yang terbaik buat isterinya dan bertabah mengharungi cabaran rumah tangga. Selain berjanji untuk sentiasa berada di sisi, Jasmin juga bersedia untuk menjadi tempat mengadu buat anaknya itu walaupun sudah bergelar suami orang.
Semoga terus kuat… memang berat untuk ibu lepaskan anak kepada orang lain
Selain itu, netizen mula menghujani ruangan komen dengan luahan rasa sebak saat membaca doa yang dititipkan Jasmin buat anaknya. Tidak cukup dengan itu, mereka juga akui berasa berat hati melepaskan anak untuk menjaga atau dijaga orang lain.