[VIDEO] Perwatakan Lembut, Lelaki Ini Sedih Dihina Kerana Bercinta-“Salah Ke?”

 


Kebiasaaannya, susuk bernama lelaki akan terlihat sebagai seseorang yang macho, tegas, tegap atau bersuara garau. Namun ada juga antaranya yang berpersonaliti feminin sehinggakan kelihatan lebih sopan dan berbudi bahasa berbanding golongan perempuan sendiri. Gambaran tersebut dapat dilihat melalui diri jejaka bernama Ervan Rizuan yang juga merupakan anak kelahiran Terengganu.

Manusia tiada yang sempurna…Salah ke lelaki lembut bercinta? 

Namun baru-baru ini, dia sempat meluahkan sedikit keluh-kesah berkaitan hubungan cintanya bersama si buah hati. Teman wanitanya bukan sahaja dikatakan sudah ‘tersalah’ memilih jodoh, malahan Ervan mula menjadi sedih mendengar tohmahan daripada mulut orang sekeliling yang seolaholah menyifatkan dirinya tidak layak bercinta hanya kerana memiliki perwatakan lembut. Akan tetapi, instafamous ini amat berterima kasih kerana gadis kesayangannya itu menerima dirinya sepenuh hati.  



View this post on Instagram

Rindu nya @ervanrizuan_ 😢💔

A post shared by Nik Farin 🖤 (@nikfarinfloyd) on


Lelaki lembut ni lebih pandai menghargai dan setia 

Walaupun berdepan pandangan negatif daripada orang sekeliling, mereka yang sedang berjauhan di 2 buah negeri berbeza ini masih kelihatan sangat bahagia. Sibuk mencari rezeki, dia yakin bahawa kasih sayang dan kepercayaan adalah elemen penting dalam menjalinkan long distance relationship. Selain itu, netizen turut memberikan sokongan positif dan menegaskan bahawa lelaki lembut lebih setia dan pandai menghargai partner mereka sendiri'




 




Baca Juga : kisah umar bin khattab sang penjaga islam