[VIDEO] 18 Tahun Tak Pernah Jauh Dengan Family, Gadis Sebak Dihantar Belajar


 Setiap antara kita mesti berasa teruja tatkala menerima tawaran untuk sambung belajar di institusi pengajian tinggi. Bahkan pelbagai gelagat boleh dilihat sama ada daripada keluarga mahupun pelajar semasa hari pertama pendaftaran. Dalam kegembiraan dapat melanjutkan pengajian, pasti terdapat antara mereka yang sedih kerana perlu berjauhan dengan family seperti yang dialami oleh gadis ini.

@deksuu08

Masa ni nak hantar adik bongsu masuk U.. Dia tak pernah berjauhan dengan mak abah dari kecik sampai umur 18..So, study elok2 dik.. jaga diri..🌸

♬ original sound - syahrullgyan


Gagal tahan air mata…terpaksa berjauhan dengan family lepas 18 tahun hidup bersama

 Menerusi perkongsian di TikTok, Aini Suraya sempat merakam moment tatkala adik perempuannya dihantar untuk menyambung pelajaran di Universiti Selangor (UNISEL). Namun gadis ini dilihat gagal menahan air matanya kerana terpaksa berpisah dengan keluarga buat pertama kali selepas 18 tahun hidup bersama mereka. Dalam keadaan hujan renyai, dia yang dilihat sopan berbaju kurung rona putih turut bersalaman dan memeluk ibu bapanya. 


Tak lama pun berjauhan dengan family…ini masanya nak balas jasa ibu ayah demi masa depan

 Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak melihat gadis itu yang terpaksa tinggal jauh daripada insan kesayangan demi mendapatkan segulung siji. Selain itu, mereka juga sempat berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah menangis apabila perlu mula hidup berdikari tanpa keluarga di sisi. Paparan video berkenaan meraih 200 ribu jumlah tontonan sehingga kini.