[VIDEO] Pemandu Tiba-Tiba Simbah Air Bungkus, Jurutol Buka Mulut Dedah Punca..

 


Setiap pengguna lebuh raya disaran sentiasa pastikan baki kad ‘Touch ‘n Go’ yang digunakan mencukupi. Jika anda perasan, perkhidmatan tambah nilai kad prabayar tersebut di lorong tol sudah lama dimansuhkan sebelum PKP lagi. Selain melancarkan aliran perjalanan kenderaan, langkah ini juga merupakan antara usaha untuk kurangkan risiko penularan Covid-19 dalam kalangan pengguna serta kakitangan di plaza tol.

Tak puas hati…pemandu nekad simbah air ke dalam pondok tol 

Baru-baru ini, tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan sikap seorang pemandu kereta yang secara tiba-tiba menyimbah air minuman ke dalam pondok tol nyata telah mendapat perhatian banyak pihak. Berdasarkan video terbabit, seorang lelaki dilihat keluar daripada kereta jenis Perodua Bezza dan bercakap dengan nada yang tidak puas hati di sebuah lokasi di Lebuh Raya KESAS. Dia kemudiannya dilihat menghirup sebungkus air dan bertindak ‘membuangnya’ ke arah jurutol yang sedang bertugas.


Pondok tol tak sediakan khidmat tambah nilai kad prabayar…dah tolong tapi disimbah pula.

Jurutol yang dikenali sebagai Fatin mendedahkan bahawa individu terbabit pernah melintasi pondok tol tersebut dan mahu tambah nilai kad prabayar sekitar jam 7.30 pagi. Walaupun servis tersebut tak disediakan di pondok berkenaan, gadis ini tetap membantunya selesaikan masalah tersebut. Namun tanpa disangka-sangka, lelaki berkenaan telah hadir semula ke plaza tol dan bertindak seperti dalam rakaman CCTV tersebut. Dalam perkembangan terbaru di IG Story miliknya, Fatin juga telah membuat laporan di sebuah balai polis di Subang berhubung kejadian itu.

 




Baca : Pintar bahasa arab