[VIDEO] Kareena Kapoor Pun Kalah, Gelekan Hindustan Lelaki Ini Buat Ramai Geram

 


Bukan sahaja dengan jalan cerita yang penuh dramatik, filem Hindustan pasti akan menyelitkan sekurang-kurangnya 5 lagu dalam beberapa babak. Ia juga terkenal dengan tarian dan sering menjadi kegilaan para peminat termasuklah seorang lelaki ini.

Tiru tarian rancak Kareena Kapoor dalam lem ‘Khabi Khushi Khabi Gham’… 

@joey.lallier

Elle m'a été tellement demandé 🤭 elle sera en 2 parties. #b#olechudiya #k#habikushikhabigum #9#74 #f#yp #b#ollywood #r#eunionisland #i#ndian

♬ Bole Chudiyan - Joey Lallier

Menerusi TikTok, Joey Lallier dirakamkan sedang mengikuti tarian lagu ‘Bole Chudiyan’ oleh aktres Kareena Kapoor dalam filem ‘Khabi Khushi Khabi Gham’. Selain itu, dia juga meniru beberapa ekspresi wajah Hrithik Roshan dalam babak menari berkenaan.


Gerakan ‘ketak-ketak’ tubuh pun boleh tiru, details kecil seperti goyang jari pun dia buat 

Meskipun hanya mengenakan baju T-shirt dan selendang di leher, lelaki Perancis ini tetap berjaya meniru kesemua step Kareena Kapoor termasuklah gerakan menggelek mengikuti beat lagu berkenaan. Bahkan, step sekecil-kecil menggoyangkan ibu jari turut dilakukan olehnya.

@joey.lallier

Le jaa le jaa... 😋 #r#eunionisland #f#yp #i#ndian #b#ollywood #9#74 #k#habikushikhabigum #b#olechudiya

♬ Bole Chudiyan - Joey Lallier


Ekspresi muka dia paling win… Gelek dah sama tapi rambut je yang kurang pulak.. 

Video lelaki tersebut turut tular di Twitter milik Naim Azhar sehingga meraih lebih 170 ribu tontonan dan mencecah 9 ribu retweets setakat ini. Selain memuji kebolehan menari lelaki berkenaan, ramai juga netizen akui kagum apabila Joey mampu meniru ekspresi wajah kedua-dua pelakon dalam filem berkenaan.