[VIDEO] Rumah Kena Spot Check, Lelaki Terkejut Dituduh Sembunyikan Isteri Orang

 


Sudah menjadi lumrah bagi kehidupan berumahtangga untuk mempunyai moment pasang surut. Meskipun banyak sengketa yang perlu dihadapi, tapi suami isteri perlu selesaikan sebaik mungkin bagi mengelakkan berlakunya insiden seperti yang tular di TikTok.

Terkejut kena terjah dengan stranger, rupanya tengah cari bini yang larikan diri 

Individu dikenali sebagai Pak Parjo terkejut apabila didatangi seorang lelaki yang sedang mencari isterinya kerana telah larikan diri dari rumah. Perkara itu tercetus apabila nombor telefon wanita itu dijejaki di kediaman tersebut. Enggan panjangkan cerita, Pak Parjo membenarkan lelaki terbabit memeriksa seluruh kawasan rumah termasuklah semua bilik untuk mencari isterinya.  


@pakparjo

X da caption.. Masih terkejut 😟

♬ original sound - Pak Parjo

Malu dengan jiran yang dah mula berkumpul, mungkin ada di kawasan situ… 

Dia juga akui berasa sedikit malu apabila ramai jirannya mula berkumpul di luar. Pak Parjo juga tidak menolak kemungkinan isteri kepada individu terbabit berada di sekitar kawasan sama. 


@pakparjo

Reply to @eidan3030

♬ original sound - Pak Parjo

Masalah dah selesai, puji sikap lelaki tu sebab beri kerjasama yang baik 

Tiada niat untuk sorokkan isteri sesiapa pun, lebih-lebih lagi baru saja berpindah di kawasan perumahan tersebut. Meskipun telah ‘menerjah’ kediamannya, tetapi Pak Parjo tetap memuji kerana lelaki itu telah terangkan dengan cara baik dan sudah meminta maaf.

@pakparjo

Reply to @sutraungu73

♬ original sound - Pak Parjo

Baca Juga : Para Ilmuwan Berencana Akan Selamatkan Es Kutub Utara dengan Butiran Kaca