Budak 9thn muncul youtuber dengan bayran tertinggi di dunia.Raih RM119 juta,sepanjang 2020..!
Seorang kanak-kanak lelaki, Ryan Kaji yang berusia 9 tahun telah tersenarai sebagai individu yang memperolehi bayaran tertinggi di Youtube sepanjang tahun 2020 yang dianggarkan sebanyak $ 29.5 juta (RM119 juta). Bahkan saluran Youtubenya iaitu ‘Ryan’s World’ yang terkenal dengan video unboxing permainan juga mempunyai sekitar 41.7 juta pelanggan.
“Dia terkenal dengan video unboxing di mana dirinya akan mengeluarkan mainan dari bungkusan dan memeriksanya. Kini, Ryan Kaji mempunyai pelbagai barisan barangan jenama seperti mainan, ubat gigi, beg sekolah dan sebagainya. Ia dijual di pelbagai platform seperti Amazon, Target dan Walmart.
Jualan barangan tersebut mencecah $ 200 juta (RM807 juta) pada tahun 2019 dan siri Nickelodeon pula disebut sebagai Ryan’s Mystery Playdate,” kata Forbes.
Menurut Hindustan Times, salurannya bukan pertama kali mendahului senarai bintang dengan memperolehi bayaran tertinggi di Youtube malah dirinya pernah tersenarai pada tahun 2018 dan juga tahun 2019.
Selain itu, Ryan mempunyai barisan barangan berjenama antara salah satu videonya adalah ‘Huge Eggs Surprise Toy Challenge’. Video tersebut telah diangkat antara 60 video yang memiliki tontonan yang banyak di laman web dan mempunyai lebih 2 bilion tontonan.
Bukan itu sahaja, Ryan telah menandatangani perjanjian untuk siri TV di Nickelodeon yang dilaporkan bernilai jutaan dollar.
Bukan setakat Ryan sahaja malah ibu bapanya juga merupakan seorang Youtuber yang aktif di mana mereka mempunyai sembilan saluran yang berbeza. Bahkan, ibu bapanya juga mempunyai sejumlah besar pelanggan dan tontonan di Youtube.