Mudahkan urusan, Eyra Hazali kongsi ilmu solat sambil dukung anak kecil.
Sesiapa yang mempunyai anak kecil atau bayi pastinya mengalami sedikit kesukaran untuk meninggalkan mereka sebentar untuk kita melakukan aktiviti lain.
Lebih-lebih lagi jika kita ingin menunaikan solat dan anak kecil pula sedang meragam tanpa ada orang lain yang dapat membantu menguruskannya.
Solat dukung bayi
Jadi, dalam perkongsian di Instagram pelakon Eyra Hazali, dia telah memuat naik video dirinya sedang menunaikan solat sambil mendukung anak kecilnya yang sedang meragam.
Dibenarkan dalam Islam
Menurut Eyra, dia berkongsi video tersebut bagi membantu rakan-rakan yang mungkin mempunyai masalah yang sama namun tidak mengetahui cara terbaik untuk memudahkan urusan.
Tambahnya lagi, cara tersebut dibenarkan dalam Islam dan pastinya tidak membatalkan solat asalkan khusyuk dan aurat masih terjaga.
Terima kasih kongsi ilmu
Posting yang dibuat oleh isteri kepada penjaga gawang pasukan bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) itu telah mendapat perhatian warganet yang masing-masing mengalami masalah yang sama.
Mereka mengucapkan terima kasih diatas ilmu yang dikongsikan kerana sangat membantu buat para ibu atau bapa yang mempunyai anak kecil.
Islam tu memang memudahkan
Perkongsian yang baik
Macam nilah kehidupan seorang ibu
Sumber: Eyra Hazali