Vidio Remaja ditemukan maut selepas harung banjir.



Rantau Panjang: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditemukan maut ketika sedang mengharung banjir di Cabang Empat Petronas, di sini, jam 8 malam tadi.


Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi, ketika dihubungi mengesahkan kematian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut masih dijalankan.





"Kita sedang siasat bagi mengenal pasti punca kejadian dan orang ramai diharap tidak membuat sebarang spekulasi sebelum siasatan selesai.


"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi.


Terdahulu, tular video berdurasi 30 saat menunjukkan beberapa lelaki cuba mengalih mangsa menggunakan sebatang kayu.


Keadaan itu seolah-olah kematian mangsa ada kaitan dengan renjatan elektrik.